
ONANI atau masturbasi tidak akan menyebabkan tumbesaran terjejas dari segi ketinggian atau fizikal. Ini adalah salah anggap (myth) yang sering dikaitkan dengan masturbasi.
Selain itu, ada beberapa lagi salah anggap yang sering dikaitkan dengan masturbasi.
Ini termasuk:
Lelaki akan mengalami kekeringan sperma jika kerap melakukan masturbasi.
Dari segi pandangan perubatan moden, masturbasi adalah selamat dan tidak membahayakan. Seseorang sepatutnya tidak perlu merasa bersalah atau tertekan selepas masturbasi.
Kajian menunjukkan antara 40 hingga 95% populasi mengamalkan masturbasi tanpa mengira jantina dan status perkahwinan.
Ramai orang tertanya-tanya soal kekerapan atau frekuensi masturbasi yang dianggap normal. Sebenarnya, ia terpulang kepada individu yang menentukan. Pakar seksual menganggap ia akan menimbulkan masalah jika seseorang mengabaikan tugas seharian, tanggungjawab dan hubungan kerana terlalu kerap melakukan masturbasi.
Dari segi masalah ketinggian yang dialami, selepas seseorang mencapai tahap baligh, tidak ada lagi peningkatan ketinggian dilihat. Ini kerana plat tumbesaran pada tulang akan berhenti berfungsi sesudah seseorang baligh.
0 comments:
Post a Comment