Monday, May 28, 2012

5 PERKARA PENTING DALAM KESIHATAN

Dasarwarsa ini, kita sering kali dikhabarkan dengan pelbagai jenis penyakit baru yang muncul serta agak sukar untuk mencari penawar yang tepat dan pantas untuk menyembuhkannya. Pelbagai sanintis dan pakar perubatan seantero dunia mencari penawar terhadap penyakit-penyakit baru yang muncul.


Ini berpunca daripada Bakteria yang sentiasa menyesuaikan dirinya sendiri dengan alam sekitar yang mencabar ini agar supaya lebih kuat dan mampu bertahan. Bak kata pepatah  "Dettol" = Kuman tak Pernah berehat.


Disebabkan perkara itulah, Kita disarankan agar sentiasa menjaga 5 perkara asas kesihatan badan kita. Ini kerana penjagaan yang baik dapat menghindarkan diri kita dari sebarang penyakit yang mendatang atau kronik yang boleh memudaratkan.

Antara 5 perkara tersebut ialah

1. Tekanan darah

Tekanan darah adalah faktor utama dalam menilai tahap kesihatan seseorang sama ada terdorong untuk menerima penyakit atau sebaliknya. Sebaik- baiknya kita perlulah sentiasa memeriksa tahap tekanan darah kita agar tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. ( boleh dapatkan alat pengukur darah dari mana-mana Farmasi atau Klinik ) Ini kerana darah merupakan asas  pada badan yang sentiasa berjalan dan mempunyai fungsi masing-masing dalam meningkatkan tahap metabolisma kita serta antibodi yang dapat melawan penyakit. Jadi hargailah diri anda dan rajin-rajinkan diri untuk periksa tekana darah anda.

2. Saiz pinggang

Saiz pinggang adalah antara kayu pengukur dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Pinggang yang ideal adalah tidak melebihi daripada 35 CM ( dalam saranan doktor ). Ini kerana pinggang yang melebihi ukuran biasa adalah berisiko menerima penyakit. Perkara ini disebabkan peningkatan lemak dalam badan terkumpul dan tepu yang boleh mengundang diri kita daripada pelbagai penyakit. Jadi apa lagi (ukur pinggang anda cepat-cepat ). Amalkan Diet yang sihat. Ingat tu......hehehehehe Senaman jangan lupa. Diet tak jalan kalau tak Bersenam.

3.Kolestrol

Kolestrol adalah antara penyebab punca penyakit datang dan menyerang. Masalah kolestrol memang menjadi perkara asas dalam kesihatan manusia. Ia berpunca daripada pemakanan yang berlemak dan tidak seimbang sebagai contoh Ayam, Daging, Kacang dan sebagainya. ( boleh makan tapi kena la kawal ). Jadi Kawal lah pemakanan kita dan ambil lah makanan yang seimbang serta berkhasiat.

4.Gula

Gula sifatnya manis. Manis dapat beri tenaga. Tapi apa akan jadi kalau ia berlebihan dalam badan? Mendatangkan masalah kan? Ones gula tinggi dalam badan akan menyebabkan pelbagai perkara atau penyakit berbahaya muncul. Gula adalah antara perkara yang sukr dikawal. Al maklumlah makanan kat Malaysia nie kalau tak manis, tak lemak, tak or tawar ckit mula la orang Complain. Tapi hakikatnya yang kurang sedap tu la yang bagus. Bak kata Tun Mahathir : Makanan yang sedap tu dikurangkan makanan yang tak sedap tu la yang kene lebihkan. Paham paham je la ye. So, Kurangkan manis dalam makanan dan minuman.

5.Berat badan

Berat badan. Uummmmmmm...... Ini perkara yang sangat bermasalah bagi rakyat Malaysia. hehehehe...almaklumla kan. semua kemudahan dah ada kat Malaysia nie, makanan segera pun banyak, Parti sana sini, kenduri sane sini dan sebagainya...hehehehehe....tu la sebabnye....nak kurus susah.... (aku kurus k)  Doktor sarankan Berat badan yang ideal adalah 170 lbs. Setiap orang tak same. Kira BMI masing-masing untuk dapat berat badan yang ideal. So, jaga la berat badan anda.pastikan sentiasa ideal. Nak cari baju pun senang.hehehehehehe

Kat sini aku dah kongsikan 5 Perkara asas dalam kesihatan yang perlu kita jaga dan ambil berat. Untuk Maklumat lanjut sila Rujuk pakar-pakar bidang perubatan dan perunding kesihatan untuk kepastian. 


Aku bukan doktor, Cuma aku kongsikan ini setelah aku menonton rancangan Kesihatan dari US. Jadi renung-renungkan dan selamat beramalkan.....


Semoga anda dapat Faedah daripada info nie....
tinggakan komen kalau tak keberatan. 
hehehehehehehe... 

0 comments: